Saturday, February 4, 2012

fikir sejenak

genap 22tahun pada april 2012.
jodoh pertemuan semua ketentuan Allah s.w.t.
dalam umur yang begitu muda, ada yang sudah bertunang, berkahwin
dan peringkat terakhir adalah menjadi ibu/bapa.
kegembiraan mereka terpancar ketika aku menyapa.


soalan lazim.

" best tak tunang ? "

" best tak couple ? "

" seronok tak kawen ? then dapat anak ? "

jawapan lazim.

" entah. kau kena rasa sendiri laa. kebahagiaan masing-masing terletak pada diri sendiri."


aku rasa aku terlalu muda untuk berfikiran sampai ketahap itu.
seriously, sekarang bukan zaman macam mak/apak kita dulu-dulu.
makan ubi kayu ubi rebus pun boleh bertahan hidup sampai sekarang. kann ?
zaman yang serba serbi canggih begini, paling busuk perut nak melantak ayam kentucky.
takperlu menuding jari kepada orang lain. lihat pada diri sendiri terlebih dahulu.


aku yakin dalam umur sebegini muda, aku pasti yang aku belum sedia untuk bergelar "isteri".


nak masuk public toilet pun kena  bayar dua kupang.
apatah lagi nak berkahwin. segala galanya perlukan duit/wang.


aku hanya mampu berdoa untuk sahabat sahabatku yang sudah melangkah ke alam rumahtangga.^^,


```````````````````````````````````````````````````


pada umur 21tahun aku selamat menghabiskan waktu belajar aku selama tiga tahun.
dan menunggu selama setahun untuk menerima segulung diploma.
alhamdulillah. aku bangga. cukup bangga.


sekarang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.
alhamdulillah lagi. now, bukan masa untuk kita menjadi choosy dalam bidang pekerjaan.
just grab apa yang ada di depan mata.


hidup selama 22tahun sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk aku hidup di dunia ini.
alhamdulillah sekali lagi.
perjalanan hidup mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.


darjah enam : cinta monyet
tingkatan satu : cinta mak monyet
tingkatan lima : cinta percintaan
*macam dunia seperti aku yang punya*

masuk kolej : cinta myspace.


dan putus di sekerat jalan. sudah tidak mengharap apa-apa.
just go on with my life.
setahun lebih menjadi gadis solo, single & available, aku menjadi lebih matang.
sangat matang. syukur.
aku lebih selesa hidup seperti ini. aku sentiasa percaya pada takdir.
aku bebas berkawan dengan siapa sahaja tanpa ada halangan.


bercinta selepas kahwin. aku rasa itu lagi bagus.

" sudah tertulis, hidup aku dengan dia hanya bertahan selama lima bulan je. bercinta kemain lagi. 5 tahun weyh, 5 tahun. "


jangan sesekali meratap kesedihan yang sudah tertulis. kita sebagai insan biasa hanya mampu redha dengan ketentuan-Nya.


terlalu yakin sesungguhnya ALLAH sudah menetapkan jodoh yang terbaik untuk kita.


sayang - mak / abah
sayang - abang abang
sayang - kawan kawan
sayang - diri sendiri
sayang - kekasih
sayang - ALLAH s.w.t


-wassalam-

1 comment: