Sunday, February 12, 2012

letter for her.

good night bloggers !
assalamualaikum ;)

firstly aku nak wish happy birthday, happy engagement, happy married, happy menimang cahaya mata dan sebagainya lahh. happy happy.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebelas januari dua ribu dua belas,
dua tahun genap kita berkawan.
aku mesej kau time tuhh. then kau reply, 
" baru 2tahun ke weyh ? aku ingat dah 4tahun "

aku hanya mampu tersenyum. gembira.
aku taksangka yang kau berfikir kita berkawan begitu lamanya.
hari hari mesej kau. hapdet segala benda macam kau boipreng aku. kan ?

aku kau, orang lain ibarat kan lesbian.
minta simpang malaikat 44. hubungan kita atas dasar kawan, sahabat, rakan, teman dan 
yang paling penting kita best-friend-forever(BFF). 

alhamdulillah syukur sebab aku bertuah dapat sahabat macam kau. sangat bertuah.
aku kau sekepala. takpenah nak cakap baik , semuanya macam syaitan.
tapi aku tak kesah. takperlu nak hipokrit kan ? jadi diri sendiri.

kita jarang jumpa. jarang hangout together. jarang sangat.
bila dapat jumpa, langsung tak ingat dunia. ;D

but, lately neh kita jarang sangat dah mesej mesej. kan ?
kau mesti sedar kan perubahan tuh ? aku ada buat salah ke ?


memang aku tacink masa neh. kita dah plan nak kuar tapi tak jadi pulak.
aku kecewa. rindu kau.
dulu kau cuti, mesti kita hangout. tak lama sekejap pun jadi laa.
tapi sekarang dah takde lagi macam gitu. siyessslyy, aku sedih. ;(

kalau aku ada buat salah, bagitawu aku taw. 
aku terima saje. ;)

aku sayang kau budak gile.





p/s : tiba tiba dada jadi sebak. =='

Monday, February 6, 2012

jatuh cinta. aku ?

salam hari isnin.
salam maulidur rasul. ;)


kau

handsome

kurus(sangat) ; tinggi

otak mereng ; gila-gila

selamber 

macam aku.


fine, aku suka style dia. 
siapa dia ? 
biarlah rahsia.


aku dia belum declare apa apa lagi.
now, we still kawankawan lagi.


aku senang berkawan dengan dia. very simple. sporting gilaa.


benda penting yang selalu aku ingatkan untuk dia.


"kalau kau serius, aku serius too. kalau kau main-main, aku pun kena main-main jugak"


okayy ? deal .. 










p/s : terima aku seadanya.

Saturday, February 4, 2012

fikir sejenak

genap 22tahun pada april 2012.
jodoh pertemuan semua ketentuan Allah s.w.t.
dalam umur yang begitu muda, ada yang sudah bertunang, berkahwin
dan peringkat terakhir adalah menjadi ibu/bapa.
kegembiraan mereka terpancar ketika aku menyapa.


soalan lazim.

" best tak tunang ? "

" best tak couple ? "

" seronok tak kawen ? then dapat anak ? "

jawapan lazim.

" entah. kau kena rasa sendiri laa. kebahagiaan masing-masing terletak pada diri sendiri."


aku rasa aku terlalu muda untuk berfikiran sampai ketahap itu.
seriously, sekarang bukan zaman macam mak/apak kita dulu-dulu.
makan ubi kayu ubi rebus pun boleh bertahan hidup sampai sekarang. kann ?
zaman yang serba serbi canggih begini, paling busuk perut nak melantak ayam kentucky.
takperlu menuding jari kepada orang lain. lihat pada diri sendiri terlebih dahulu.


aku yakin dalam umur sebegini muda, aku pasti yang aku belum sedia untuk bergelar "isteri".


nak masuk public toilet pun kena  bayar dua kupang.
apatah lagi nak berkahwin. segala galanya perlukan duit/wang.


aku hanya mampu berdoa untuk sahabat sahabatku yang sudah melangkah ke alam rumahtangga.^^,


```````````````````````````````````````````````````


pada umur 21tahun aku selamat menghabiskan waktu belajar aku selama tiga tahun.
dan menunggu selama setahun untuk menerima segulung diploma.
alhamdulillah. aku bangga. cukup bangga.


sekarang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.
alhamdulillah lagi. now, bukan masa untuk kita menjadi choosy dalam bidang pekerjaan.
just grab apa yang ada di depan mata.


hidup selama 22tahun sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk aku hidup di dunia ini.
alhamdulillah sekali lagi.
perjalanan hidup mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.


darjah enam : cinta monyet
tingkatan satu : cinta mak monyet
tingkatan lima : cinta percintaan
*macam dunia seperti aku yang punya*

masuk kolej : cinta myspace.


dan putus di sekerat jalan. sudah tidak mengharap apa-apa.
just go on with my life.
setahun lebih menjadi gadis solo, single & available, aku menjadi lebih matang.
sangat matang. syukur.
aku lebih selesa hidup seperti ini. aku sentiasa percaya pada takdir.
aku bebas berkawan dengan siapa sahaja tanpa ada halangan.


bercinta selepas kahwin. aku rasa itu lagi bagus.

" sudah tertulis, hidup aku dengan dia hanya bertahan selama lima bulan je. bercinta kemain lagi. 5 tahun weyh, 5 tahun. "


jangan sesekali meratap kesedihan yang sudah tertulis. kita sebagai insan biasa hanya mampu redha dengan ketentuan-Nya.


terlalu yakin sesungguhnya ALLAH sudah menetapkan jodoh yang terbaik untuk kita.


sayang - mak / abah
sayang - abang abang
sayang - kawan kawan
sayang - diri sendiri
sayang - kekasih
sayang - ALLAH s.w.t


-wassalam-